Saturday, May 7, 2011

Buli

Buah pauh dari permatang,
Dibawa dengan putik kemudi;
Dari jauh saya datang,
Bertema tuan yang baik hati.

PENDAHULUAN


  • Saya berharap agar hadirin sekalian berada di bawah lembayung kesihatan.



  • Tidak lama lagi, tahun 2010 akan melabuhkan tirainya.



  • Bagaimanapun dalam bidang sosial, pelbagai lakaran suram telah terpahat berikutan dengan peningkatan gejala buli.



  • Namun, usaha-usaha yang dijalankan tidak mendatangkan kesan yang mendalam, seperti hujan di atas pasir.


ISI



  • Setiap penyakit, ada penawarnya; setiap masalah, ada jalan keluarnya.



  • Ibu bapa harus melakukan anjakan paradigma dan tidak memandang enteng terhadap masalah buli yang semakin meruncing.



  • Kanak-kanak ibarat kain putih, terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkannya.



  • Hal ini demikian kerana 'bagaimana acuan begitulah kuihnya'



  • Jelaslah bahawa ibu bapa berperanan sebagai suri teladan kepada anak-anak sejak kecil lagi.



  • Tidak dapat disangkal bahawa ilmu agama dan moral mendukung obligasi untuk membentuk insan yang kamil.



  • Ibu bapa harus menyemai nilai-nilai moral dalam sanubari anak-anak.



  • Mereka juga tidak dapat bertindak sesuka hati mengikut hawa nafsu, bak kata pepatah "ikut hati mati, ikut rasa binasa".



  • Pada waktu yang sama, ibu bapa haruslah memastikan bahawa ilmu agama meresap subur dalam jiwa anak-anak. Ilmu agama dapat dijadikan pedoman dan panduan hidup. Setiap agama menyeru ke arah kebaikan.



  • Gambaran di atas memanifestasikan bahawa ibu bapa harus memberikan ilmu agama dan moral kepada anak-anak.

No comments:

Post a Comment